Wednesday, December 7, 2011

review ombak rindu...

redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah

gelombang ombak rindu makin menggila, bagai tsunami rindu....cheewwahhh bermadah plak kan...last entry kecoh nak tengok filem ombak rindu kan...ok hari nie dah g tgk dah td...jgn tanye tengok dgn sape...tak penting....!!

yang penting aku nk review citer nie...first of all aku copy paste kan sinopsis novel ombak rindu nie k...


synopsis: Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

korang bace la sampai lebam...

review aku plak...1st nak bagi taw aku dah bace novel OMBAK RINDU nie...aku tak ingt tahun brape tp mase tu 90-an la...aku sekolah lagi time tu...mane dapat novel tu pown aku dh lupe...tp seingat aku pinjam kat member...and aku rase tu novel paling tebal pernah aku bace...576 pg ok...review sal novel esok2 la aku cerita...

secondly, filem nie dalam anggaran 2 jam 15 minit...bagi aku tak cukup utk ceritakan satu novel tu dlm mase 2 jam lebih tu...3 jam maybe cukup...maybe la...agak2 je...tapi...!! 2 jam lebih tu sebenarnye cukup dan sangat berbaloi la bagi sape yang tak pernah bace novel dye...cume agak frust la bagi sape yg dah bace novel...bukan sebb penceritaan tak sampai...tapi sebab dapat rasekan banyak part2 yg sgt kejam, sangat romantic, sgt sedih takde dlm FILEM...

feel yg aku dapat time tgk citer nie tak same dgn feel mase bace novel tu...kalau ikotkan novel, sebelum izzah nie feel2 bahagia hidup dye sgt menderita, macam2 benda yg hariz buat kat dia, terlalu banyak rintangan sebelum dye rase bahagia. tapi, kat filem diorg terlalu pendekkan cerita tu, maybe cerita tu akn jd lg supperrbb bila diorg tunjukkan lg ckit keperitan izza sebelom dye dpt bahagia. nie pendapat aku la kan, sape la aku nie nk dibandingkan dgn pengarah filem kan, mungkin penerbit filem nie dah merancangkan sesuatu utk filem nie mse akan datang kan...mne taw dia nak buat macam lagenda budak setan kan jadikan filem nie utk drama ke...mungkin klau dalam drama diorg bleh buat sebijik mcm dalam novel.

thirdly, memang banjir la panggung tadi, masing2 dok sok sek sok sek....sedut hingus siap ade minah sebelah aku nie t'sedu-sedan...aku dgr pown nak gelak. bukan nk cakap aku tak nanges, nanges woohhh...meleleh2 air mate aku, bengkak mate, mungkin aku takkan nanges sebab tgk cerita tu je...tapi aku nanges tadi sebab aku tgk cerita tu sekali aku dengar and hayati lirik soundtrack filem tu...tu yg buat aku meleleh2 air mate.

4th, hafiz and adira did well in their job...!! OST filem nie sgt superbbb dengan kemantapan suara hafiz and adira...memang buat aku menangis bile ade part2 yg best dlm filem, tetiba kluar background music OST tu...memang menjadi...!!! OST filem nie bleh bg credit plus layak utk bertanding dekat AIM ke...JUARA LAGU ke...confirm takde kes trofi kena pulang balik....huahuahua....:P

cukup la kan review tu ek, filem yg bagus mne leh comment banyak2, nanti korang cakap aku suke condemn plak...hahaha....lastly, overall aku suke citer nie and puas hati walaupun ade yg kurang kan...tak rugi la beli tiket mahal2...oppsss...tak beli pown...org banje...hakhakhak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...