Saturday, January 15, 2011

TOMATO....

ye...tomato...mmg sye suka mkn tomato...bukan sbb nk jge kulit...errkkk...
kulit muka sye sgt x cntik k....hahaha....
xtaw la mne sye dpt perangai pelik nie....tp pntg nmpk tomato...
confirm sye akn jd gileww...hahahahaha....
sye suka mkn tomato mcm tu je...atau lbih best ayt dye...
sye suka mkn tomato mentah2....wat salad....hehehe...



lg prangai pelik sye...klau bleh kan tomato tu sye akn sedut dye pnye puri tu dlu...hehehe...
bru sye nikmati kerangupan tomato tu...heheheh....yuummii...
seriously...tomato sgt bnyk khasiatnye...


>--kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

>--Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

>--Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki...

>--bagi kecantikkan kulit plak...de ckit2 petua yg boleh diguna pkai utk kecantikkan kulit anda....hehehehe....


Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


p/s: sye copy paste jew nie....x taw la terbukti ke x kesan nye pde kulit anda....heheheh....


tp sye mmg amalkan mkn tomato nie dr dlu lg...hasilnye...kulit sye xde la b'minyak sgt mcm dlu2...hahahaha....bak kate org leh tapis mnyk tu...wat goreng ikan....lalalalallallaala....


ape pon...amalkan cara hidup sihat...p'caye la kndungan toksid dlm bdn anda smakin meningkat...so dgn amalkan cara hidup sihat...kita akn hidup ceria...hehehheehhe


yummii...served with thousand island....sedap hingga menjilat jari....=)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...